Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf

Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf dilahirkan di Kota Seiwun, Hadhramaut pada tahun 1331/1911. Ayahanda beliau Habib Ahmad bin 'Abdur Rahman as-Saqqaf adalah seorang ulama terkemuka di Hadhramaut yang menjadi pengganti kepada Habib 'Ali bin Muhammad al-Habsyi, penyusun Simthudh Dhurar. Selain belajar daripada ayahandanya sendiri, beliau juga belajar dengan Syaikh Thaha bin 'Abdullah Bahmid. Beliau juga belajar di Madrasah an-Nahdhatul Ilmiyyah dan telah menghafal al-Quran serta menguasai qiraah as-sab`ah daripada gurunya Syaikh Hasan bin 'Abdullah Baraja`. Lihat bagaimana pemuka habaib menuntut ilmu bukan sahaja daripada kalangan mereka sahaja, tetapi kepada ulama lain yang alim walaupun tidak senasab dengan mereka. Aku pelik dengan sikap segelintir yang hanya mahu belajar daripada ulama yang sama senasab dengan mereka, jalan siapa yang kamu turuti sebenarnya. Sungguh para salaf kamu terdahulu menuntut ilmu daripada ulama tanpa melihat asal keturunan mereka hatta Imam al-Haddad mempunyai guru daripada kalangan masyaikh.

Antara guru-guru beliau lagi ialah Habib 'Umar bin Hamid as-Saqqaf, Habib 'Abdullah bin 'Alwi al-Habsyi, Habib 'Umar bin 'Abdul Qadir as-Saqqaf, Habib 'Abdullah bin 'Aidrus al-'Aidrus dan ramai lagi. Habib 'Abdul Qadir adalah seorang ulama dan daie yang menjalankan dakwahnya dengan penuh kebijaksanaan. Akhlaknya yang tinggi mampu menawan hati sesiapa sahaja, ilmu, warak dan akhlaknya menyebabkan beliau dikasihi dan dihormati. Khabarnya Buya Hamka pernah ziarah kepada beliau sewaktu di Jeddah, dan setelah berbincang dengan beliau, akhirnya Buya Hamka mengakui bahawa Baitun Nubuwwah Bani Zahra` min ali 'Ali masih wujud dan berkesinambungan dalam darah para saadah Bani 'Alawi sebagaimana dijelaskan beliau dalam fatwanya yang antara lain menyatakan:-
"....Maka baik Habib Tanggul (yakni Habib Sholeh al-Hamid) dan almarhum Habib Ali di Kwitang, Jakarta, memanglah mereka keturunan dari Ahmad bin 'Isa al-Muhajir yang berpindah dari Bashrah ke Hadhramaut itu, dan Ahmad bin Isa tersebut adalah cucu tingkat ke 6 dari cucu Rasulullah, Husain bin Ali bin Abi Thalib. Kepada keturunan-keturunan itu semuanya kita berlaku hormat dan cinta, iaitu hormat dan cintanya orang Islam yang cerdas, yang tahu harga diri, sehingga tidak diperbodoh oleh orang-orang yang menyalahgunakan keturunannya itu ..... Kita ulangilah seruan dari salah seorang ulama besar 'Alawiy yang telah wafat di Jakarta ini, iaitu Sayyid Muhammad bin 'Abdur Rahman BinSyahab, agar generasi-generasi yang datang kemudian dari keturunan 'Alawiy memegang teguh agama Islam, menjaga pusaka nenek moyang, jangan sampai tenggelam ke dalam peradaban Barat.....

.....Perhatikanlah kembali hadits-hadits yang telah kita salinkan di atas. Di sana tersimpul bahwa Nabi kita s.a.w. sangatlah mengasihi anak cucu keturunannya itu. Beliau meminta kepada kita umatnya ini supaya turut mengasihi cucu-cucunya itu. Beliau meminta agar kita memandang mereka sebagai anak beliau juga. Jika orang lain mengambil keturunan dari ayahnya, Rasulullah mengecualikan anak-anak Fatimah, agar dipandang sebagai anak keturunan beliau. Hal ini janganlah kita entengkan. Junjung tinggilah pengharapan Nabimu. Pernah saya mendengar seorang khatib yang lancang, berkhutbah di satu Jum`at, mengatakan bahwa Rasulullah tidak ada keturunan! Orang yang mengakui keturunan Rasulullah adalah tidak sah! Nyatalah bahwa khatib ini tidak mengetahui sopan santun Islam....

.........Maka kalau ada orang yang mengatakan bahawa keturunan Rasulullah, bangsa Sayid, Syarif, Habib, itu dijamin masuk syurga sebab mereka keturunan Nabi, itu adalah karangan-karangan orang di belakang saja, untuk memperbodoh atau mencari keuntungan di kalangan orang awam. Sebaliknya demikian pula; iaitu orang yang memungkiri keturunan Nabi sendiri bahawa Hasan dan Husain anak Fatimah, diakui Nabi sebagai anak cucu atau keturunannya, sampai ada khatib Jum`at, yang tidak ada ilmu, memungkiri keturunan Nabi dalam khutbah Jum`at. Orang seperti itu bukan ilmunya yang bercakap, tetapi kerana belum mengetahui, maka sentimennyalah yang keluar."
Berbalik kepada Habib 'Abdul Qadir, dakwah beliau tidak terhad kepada bumi kelahirannya sahaja, tetapi beliau juga memperluaskan medan dakwahnya sehingga ke Singapura dan Indonesia. Akhirnya atas permintaan beberapa ulama Hejaz, beliau menetap di Hejaz dengan bermukim di Kota Makkah, Madinah dan Jeddah untuk mengasuh majlis-majlis ta'lim. Dalam usia yang sudah hendak mencapai seabad, beliau menghabiskan masanya di Jeddah dan masih menerima ziarahnya para penziarah. Mudah-mudahan Allah memberkahi usia dan segala usaha beliau dan membalasinya dengan sebaik-baik balasan.

Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki, Ulama Yang Amat Dicintai Masyarakat

Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki ialah salah seorang ulama Islam yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulama yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.


Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. Menziarahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulama yang menziarahi Makkah.

Keluarga

Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan Junjungan kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu ‘Anhum.

Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan alim ulamak besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah berkurun lama.
Lima orang dari keturunan Sayyid Muhammad, telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jawatan ini ketika pemerintahan Uthmaniah serta Hashimiah, dan seterusnya terus memegang jawatan tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin Sa’ud sangat menghormati beliau. Riwayat lanjut beliau boleh dirujuk pada kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya As-Sayyid Muhammad Al-Maliki.

Bapa beliau pula, As-Sayyid Alawi Al-Maliki merupakan salah seorang ulamak Makkah terunggul di abad yang lalu. Beliau telah mengajar pelbagai ilmu Islam turath di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusuk dunia telah mengambil faedah daripada beliau melalui kuliah beliau di Masjidil Haram, dan ramai di kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di negara masing-masing.

Malah, Raja Faisal tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah melainkan setelah meminta nasihat daripada As-Sayyid Alawi. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari daripada kematian beliau, Stesyen Radio Saudi tempatan hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan melainkan hanya untuk beliau.

Maklumat lanjut tentang As-Sayyid Alawi boleh dirujuk kepada biografinya berjudul Safahat Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid As-Syarif Alawi bin Abbas Al-Maliki oleh anaknya, yang juga merupakan adik kepada As-Sayyid Muhammad, As-Sayyid Abbas Al-Maliki. As-Sayyid Abbas juga seorang ulamak, tetapi lebih dikenali dengan suara merdunya dan pembaca Qasidah yang paling utama di Arab Saudi. Biografi ini mengandungi tulisan berkenaan As-Sayyid Alawi dari ulamak dari seluruh dunia Islam.

Keluarga Maliki juga telah melahirkan ramai lagi ulamak lain, tetapi penulis hanya menyebut bapa dan datuk kepada As-Sayyid Muhammad. Untuk maklumat lanjut, rujuk tulisan-tulisan berkaitan sejarah Makkah dan ulamaknya di abad-abad mutakhir.

Kelahiran dan Pendidikan Awal


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0b9COlQx2cz-qk_6AlCOM0jVrtiypjBSaC6cmIYzedFcJjHodCvBxNt0zlRKZdVpRLTg-c1t_aEU8uuqaAv3l4zV7F0I-w6Aw09eBJVeNTrmHwa_L52fPMQKIpQUhyoeYM2jfNENRxQ/s320/sayyid+muhammad+alawi+2.jpgAs-Sayyid Muhammad Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz, dilahirkan pada tahun 1946, di kota suci Makkah, dalam keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal, keluarga Sayyid yang melahirkan ulamak tradisi.

Beliau amat beruntung kerana memiliki bapa seperti As-Sayyid Alawi, seorang ulama paling berilmu di Makkah. Bapa beliau merupakan guru pertama dan utama beliau, mengajar beliau secara peribadi di rumah dan juga di Masjidil Haram, di mana beliau menghafal Al-Quran sejak kecil.

Beliau belajar dengan bapa beliau dan diizinkan untuk mengajar setiap kitab yang diajarkan oleh bapa beliau kepada beliau.

Pendidikan Lanjut

Dengan arahan bapanya, beliau juga turut mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu turath Islam: Aqidah, Tafsir, Hadith, Feqh, Usul, Mustalah, Nahw dan lain-lain, di tangan ulamak-ulamak besar lain di Makkah serta Madinah. Kesemua mereka telah memberikan ijazah penuh kepada beliau untuk mengajar ilmu-ilmu ini kepada orang lain.

Ketika berumur 15 tahun lagi, As-Sayyid Muhammad telah mengajar kitab-kitab Hadith dan Feqh di Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar lain, dengan arahan guru-gurunya. Setelah mempelajari ilmu turath di tanah kelahirannya Makkah, beliau dihantar oleh bapanya untuk menuntut di Universiti Al-Azhar As-Syarif. Beliau menerima ijazah PhD daripada Al-Azhar ketika berusia 25 tahun, menjadikan beliau warga Arab Saudi yang pertama dan termuda menerima ijazah PhD dari Al-Azhar. Tesis beliau berkenaan Hadith telah diiktiraf cemerlang dan menerima pujian yang tinggi dari alim ulamak unggul di Al-Azhar ketika itu, seperti Imam Abu Zahrah.


Perjalanan Mencari Ilmu

Perjalanan menuntut ilmu merupakan jalan kebanyakan ulamak. As-Sayid Muhammad turut tidak ketinggalan. Beliau bermusafir sejak usia muda untuk menuntut ilmu dari mereka yang memiliki ilmu. Beliau telah bermusafir dengan banyak ke Afrika Utara, Mesir, Syria, Turki, dan rantau Indo-Pak untuk belajar dari alim-ulamak yang hebat, bertemu para Wali Allah, menziarahi masjid-masjid dan maqam-maqam, serta mengumpul manuskrip-manuskrip dan kitab.

Di setiap tempat ini, beliau menemui para ulamak dan auliyak yang agung, dan mengambil faedah daripada mereka. Mereka juga turut tertarik dengan pelajar muda dari Makkah ini dan memberi perhatian istimewa untuk beliau. Kebanyakan mereka telah pun sangat menghormati bapa beliau yang alim, dan merupakan satu kebanggaan memiliki anak beliau sebagai murid.

Ijazah-ijazah


Sistem pengajian tradisi atau turath berasaskan kepada ijazah atau ‘keizinan untuk menyampaikan ilmu’. Bukan semua orang boleh mengajar. Hanya mereka yang memiliki ijazah yang diktiraf dari alim-ulamak yang terkenal sahaja yang boleh mengajar. Setiap cabang pengetahuan dan setiap kitab Hadith, Feqh, Tafsir dan lain-lain, mempunyai Sanad-sanad, atau rantaian riwayat yang bersambung sehingga kepada penyusun kitab tersebut sendiri melalui anak-anak muridnya dan seterusnya anak-anak murid mereka. Banyak sanad-sanad yang penting, seperti sanad Al-Qur’an, Hadith dan Tasawwuf, bersambung sehingga kepada Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.

Sayyid Muhammad mendapat penghormatan dengan menjadi Shaykh dengan bilangan ijazah terbanyak dalam waktunya. Beliau juga memiliki rantaian sanad terpendek atau terdekat dengan datuknya, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam.

Di Tanah Arab, tanah kelahirannya, dan dalam permusafiran ilmunya, As-Sayyid Muhammad mendapat lebih dari 200 ijazah dari alim-ulamak teragung di zamannya, di setiap cabang ilmu Islam. Ijazah beliau sendiri, yang beliau berikan kepada murid-muridnya adalah antara yang paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan anak-anak muridnya dengan sejumlah besar para ulamak agung.

Para Masyaikh yang memberikan As-Sayyid Muhammad ijazah-ijazah mereka merupakan ulamak besar dari seluruh dunia Islam. Kita menyebutkan sebahagian mereka:
Dari Makkah:

1) Bapa beliau yang alim dan guru beliau yang pertama, As-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki

2) Shaykh Muhammad Yahya Aman al-Makki

3) Shaykh al-Sayyid Muhammad al-Arabi al-Tabbani

4) Shaykh Hasan Sa‘id al-Yamani

5) Shaykh Hasan bin Muhammad al-Mashshat

6) Shaykh Muhammad Nur Sayf

7) Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani

8) Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi

9) Al-Sayyid Ishaq bin Hashim ‘Azuz

10) Habib Hasan bin Muhammad Fad‘aq

11) Habib Abd-al-Qadir bin ‘Aydarus al-Bar

12) Shaykh Khalil Abd-al-Qadir Taybah

13) Shaykh Abd-Allah al-Lahji

Dari Madinah:
1) Shaykh Hasan al-Sha‘ir, Shaykh al-Qurra of Madinah

2) Shaykh Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri

3) As-Sayyid Ahmad Yasin al-Khiyari

4) Shaykh Muhammad al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti

5) Shaykh Ibrahim al-Khatani al-Bukhari

6) Shaykh Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi

Dari Hadramawt dan Yaman:
1) Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramawt

2) Shaykh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman

3) Shaykh As-Sayyid Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta‘iz

4) Al-Imam al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi

5) Al-Habib Alawi ibn Abd-Allah bin Shihab

6) As-Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari al-Ahdal

7) Shaykh Fadhl bin Muhammad Ba-Fadhal

8) Al-Habib Abd-Allah bin Alawi al-Attas

9) Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafeez

10) Al-Habib Ahmad Mashhur al-Haddad

11) Al-Habib Abd-al-Qadir al-Saqqaf

Dari Syria:
1) Shaykh Abu-al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria

2) Shaykh As-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki

3) Shaykh Muhammad As‘ad al-Abaji, Mufti Shafi‘e
4) Shaykh As-Sayyid Muhammad Salih al-Farfur

5) Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani

6) Shaykh Abd-al-Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi

7) Shaykh Muhammad Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i


Dari Mesir:
1) Shaykh As-Sayyid Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadith di Mesir

2) Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir

3) Shaykh Salih al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar

4) Shaykh Amin Mahmud Khattab al-Subki

5) Shaykh Muhammad al-‘Aquri

6) Shaykh Hasan al-‘Adawi

7) Shaykh As-Sayyid Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati

8) Shaykh Dr. Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar

Dari Afrika Utara (Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia):
1) Shaykh As-Sayyid As-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi

2) Shaykh As-Sayyid Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadith

3) Shaykh As-Sayyid Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari

4) As-Sharif Idris al-Sanusi, Raja Libya

5) Shaykh Muhammad At-Tahir ibn ‘Ashur, Imam Zaytunah, Tunis

6) Shaykh al-Tayyib Al-Muhaji al-Jaza’iri

7) Shaykh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi

8) Shaykh As-Sayyid As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani

Dari Sudan:
1) Shaykh Yusuf Hamad An-Nil

2) Shaykh Muddassir Ibrahim

3) Shaykh Ibrahim Abu-an-Nur

4) Shaykh At-Tayyib Abu-Qinayah

Dari Rantau Indo-Pak:
1) Shaykh Abu-al-Wafa al-Afghani Al-Hanafi

2) Shaykh Abd-al-Mu‘id Khan Hyderabadi

3) Al-Imam Al’Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India

4) Mufti Muhammad Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan

5) Mawlana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadith

6) Mawlana Zafar Ahmad Thanawi

7) Shaykh Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-‘Azami

8) Sayyid Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi

Senarai ini hanya merupakan ulamak masyhur yang Syaikh kita telah mendapat ijazah darinya, dan di sana terdapat ramai lagi yang tidak disebutkan. Pada As-sayyid Muhammad Alawi, seseorang akan mendapati nilai terbaik dari para Masyaikh ini dalam pelabagai latarbelakang dan pengkhususan.

Karier Mengajar

Kalimah karier sebenarnya mungkin tidak sesuai untuk digunakan untuk menggambarkan aktiviti mengajar As-Sayyid Muhammad, kerana kalimah ini amat hampir kaitannya dengan keuntungan material. Sementara beliau, seperti mana Masyaikh tradisi yang lain, juga seperti keturunannya sebelum beliau, mengajar hanya kerana Allah dan tidak mengharapkan keuntungan material langsung.

'
Malahan, beliau menempatkan sejumlah besar pelajar di rumahnya sendiri, menyediakan untuk mereka makan minum, penginapan, pakaian, kitab-kitab serta segala keperluan mereka. Sebagai balasan, mereka hanya diminta mengikuti peraturan dan etika penuntut ilmu agama yang suci. Pelajar-pelajar ini biasanya menetap bersama beliau bertahun-tahun lamanya, mempelajari pelbagai cabang ilmu Islam, dan seterusnya kembali ke negeri masing-masing. Ratusan dari para pelajar telah menuntut di kaki beliau dan telah menjadi pelopor pengetahuan Islam dan kerohanian di negara mereka, terutamanya di Indonesia, Malaysia, Mesir, Yaman dan Dubai.


Bagaimanapun apabila pulang dari Al-Azhar, beliau dilantik sebagai Profesor Pengajian Islam di Universiti Ummul Qura di Makkah, yang mana beliau telah mengajar sejak tahun 1970.
Pada tahun 1971, sebaik bapanya meninggal dunia, para ulamak Makkah meminta beliau untuk menggantikan tempat bapanya sebagai guru di Masjidil Haram. Beliau menerimanya, lantas menduduki kedudukan yang telah diduduki oleh keluarganya lebih dari seabad. Beliau juga kadang kala mengajar di Masjid Nabi di Madinah. Kuliah pengajian beliau merupakan kuliah yang paling ramai dihadiri di kedua-dua Tanah Haram.

Bagaimanapun pada awal tahun 80-an, beliau telah mengosongkan kedudukan mengajarnya di Universiti Ummul Qura juga kerusi warisannya di Masjidil Haram, memandangkan fatwa dari sebahgian ulamak fanatik fahaman Wahhabi, yang menganggap kewujudannya sebagai ancaman kepada ideologi dan kekuasaan mereka.

Sejak itu, beliau mengajar kitab-kitab agung Hadith, Fiqh, Tafsir dan Tasawwuf di rumah dan masjidnya di Jalan Al-Maliki di Daerah Rusayfah, Makkah. Kuliah-kuliah umumnya antara waktu Maghrib dan Isyak dihadiri tidak kurang daripada 500 orang setiap hari. Ramai pelajarnya daripada Universiti menghadiri pengajiannya di waktu malam. Sehingga malam sebelum beliau meninggal dunia, majlisnya dipenuhi penuntut.

Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki amat dihormati oleh Kerajaan Arab Saudi dan selalu diminta nasihat dari Raja sendiri dalam urusan-urusan yang penting. Beliau juga dilantik sebagai ketua juri dalam Musabaqah Qur’an antarabangsa di Makkah selama tiga tahun berturut-turut.

Tulisan Beliau


Sayyid Muhammad merupakan seorang penulis prolifik dan telah menghasilkan hampir seratus buah kitab. Beliau telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di Institusi-institusi Islam di seluruh dunia.

Kita sebutkan sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang:
Aqidah:
1) Mafahim Yajib an Tusahhah

2) Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus

3) At-Tahzir min al-Mujazafah bit-Takfir

4) Huwa Allah

5) Qul Hazihi Sabeeli

6) Sharh ‘Aqidat al-‘Awam

Tafsir:
1) Zubdat al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an

2) Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’la

3) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran

4) Hawl Khasa’is al-Quran

Hadith:
1) Al-Manhal al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif

2) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith

3) Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi

4) Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik

Sirah:
1) Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil

2) Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah

3) ‘Urf al-Ta’rif bi al-Mawlid al-Sharif

4) Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah

5) Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah

6) Zikriyat wa Munasabat

7) Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra

Usul:
1) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh

2) Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh

3) Mafhum at-Tatawwur wa altTajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah

Fiqh:
1) Al-Risalah al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa ‘Alamiyyatuha

2) Labbayk Allahumma Labbayk

3) Al-Ziyarah al-Nabawiyyah bayn as-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah

4) Shifa’ al-Fu’ad bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad

5) Hawl al-Ihtifal bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif

6) Al-Madh al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Insaf

Tasawuf:
1) Shawariq al-Anwar min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar

2) Abwab al-Faraj

3) Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar

4) Al-Husun al-Mani‘ah

5) Mukhtasar Shawariq al-Anwar

Lain-lain:
1) Fi Rihab al-Bayt al-Haram (Sejarah Makkah)

2) Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis)

3) Silatu Riyadhah Biddin (Hubungan Sukan dengan Agama)

4) Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)

5) Ma La ‘Aynun Ra’at (Butiran Syurga)
6) Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)

7) Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)

8) Kashf al-Ghummah (Ganjaran Membantu Muslimin)

9) Ad-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)

10) Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)

11) Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)

12) Usul at-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi)

13) Nur an-Nibras fi Asanid al-Jadd as-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas)

14) Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi)

15) Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)

16) Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)

Senarai di atas merupakan antara kitab As-Sayyid Muhammad yang telah dihasilkan dan diterbitkan. Terdapat banyak lagi kitab yang tidak disebutkan dan juga yang belum dicetak.
Kita juga tidak menyebutkan banyak penghasilan turath yang telah dikaji, dan diterbitkan buat pertama kali, dengan nota kaki dan komentar dari As-Sayyid Muhammad. Secara keseluruhannya, sumbangan As-Sayyid Muhammad amat agung.
Banyak hasil kerja As-Sayyid Muhammad telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa.

Aktiviti lain

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihm7Fg6vSsaIbR0JngRPx_azNHbhCpickoGslo8JvGSrRnCNabSjv7EJl7u3MCHutg7xmyL8uzN6TA2XP4PPpXVxJDhVm2rjSVi-zetlXugtxwdCf5tMotZ4jAeB_4L0Y_5QjD9iNtkA/s320/sayyid+muhammad+alawi+9.jpgSayyid Muhammad merupakan seorang pembimbing kepada ajaran dan kerohanian Islam yang sebenar dan telah bermusafir ke serata Asia, Afrika, Eropah dan Amerika, menyeru manusia ke arah kalimah Allah dan Rasul terakhir-Nya Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.

Di Asia Tenggara khasnya, As-Sayyid Muhammad secara peribadi telah mengasaskan dan membiayai lebih 70 buah Sekolah Islam untuk melawan aktiviti dakyah Kristian. Sejumlah besar penganut Kristian dan Budha telah memeluk Islam di tangannya hanya setelah melihat Nur Muhammad yang bersinar di wajahnya.

Ke mana sahaja beliau pergi, para pemimpin, ulamak dan masyarakat di tempat tersebut akan menyambutnya dengan penuh meriah. Beliau seringkali memberi ceramah kepada ratusan ribu manusia.


Beliau amat disayangi dan dicintai oleh Muslimin di seluruh dunia, bukan sahaja kerana beliau keturunan Rasulullah, tetapi juga kerana ilmunya yang luas, hikmahnya, akhlak serta watak rohaninya. Beliau juga amat terkenal amat pemurah dengan ilmu, kekayaan dan masanya.

Pendekatan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6GzwAdqUaREqAosQgkseUlNC0ZmEoXNeGPrRoVMYS4X3DD3ruhyphenhyphen5o_TePxRrkoM6MIhfeeFy5P6op5sOaFAKXgy6QMGPb-RGqKVvwC3ca9KNuH6FQIrLGDi9HdV_pHkhploQQ8vNwvg/s320/Sayyid+Muhammad+Alawi+%26+Habib+Abdul+Qadir+Assegaf.jpgSayyid Muhammad mengikuti dan menyelusuri tradisi arus utama dan majoriti Islam, jalan Ahlu Sunnah Waljamaah, jalan toleransi dan sederhana, pengetahuan dan kerohanian, serta kesatuan dalam kepelbagaian.


Beliau percaya kepada prinsip berpegang dengan empat mazhab yang masyhur, tetapi tanpa fanatik. Beliau mengajar rasa hormat kepada ulamak dan Awliyak agung yang lepas.
Beliau menentang sikap sewenang-wenangnya mengatakan Muslim lain sebagai Kafir dan Musyrik, yang telah menjadi tanda dan sifat utama sebahagian fahaman hari ini.

Beliau amat menentang dan kritis terhadap mereka yang digelar reformis (Islah) abad ke-20 yang dengan mudah ingin menghapuskan Islam generasi terdahulu menggunakan nama Islam yang suci.


Beliau juga memahami bahawa mencela kesemua Ash’ari, atau kesemua Hanafi, Syafi’e dan Maliki, kesemua sufi, seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian fahaman hari ini adalah sama dengan mencela keseluruhan Ummah Islam ribuan tahun yang lampau. Ia hanya merupakan sifat dan pendekatan musuh Islam, dan bukannya rakan.

Sayyid Muhammad juga amat mempercayai bahawa ulamak – ulamak Mazhab yang agung - mengikuti Sunni-Sufi - sejak beratus tahun yang lalu, adalah penghubung kita kepada Al-Quran dan Assunnah, dan bukanlah penghalang antara keduanya dengan kita, seperti yang dipercayai sesetengah pihak.

Kefahaman yang benar berkenaan Al-Quran dan Sunnah ialah kefahaman yang berasaskan tafsiran para ulamak agung Islam, dan bukan dengan sangkaan para ekstrimis zaman moden ini yang tidak berfikir dua kali sebelum mencela majoriti Muslim di seluruh dunia. Sayyid Muhammad juga berpendapat majoriti ummah ini adalah baik. Kumpulan-kumpulan minoriti

yang fanatiklah yang perlu mengkaji semula fahaman ekstrim mereka.

Sayyid Muhammad merupakan pendukung sebenar Sufi yang berasaskan Syariah, Sufi para Awliya’ agung dan solehin ummah ini. Beliau sendiri merupakan mahaguru kerohanian di tingkat yang tertinggi, berhubungan dengan kebanyakan peraturan kerohanian Islam, melalui para Masyaikh Tariqah yang agung.

Beliau turut mempercayai bahawa membaca Zikir, samaada secara bersendirian atau berkumpulan, adalah bahagian penting dalam kerohanian seseorang. Semua pelajarnya dimestikan bertahajjud dan membaca wirid pagi dan petang.

Sayyid Muhammad juga beranggapan, ummat Islam perlu menggunakan segala hasil yang ada untuk meningkatkan taraf ummah mereka dari sudut kerohanian, masyarakat dan juga material, dan tidak membuang masa yang berharga dengan berbalah pada perkara-perkara kecil. Beliau percaya Muslim tidak seharusnya mencela satu sama lain dalam perkara yang telah diselisihkan oleh para ulamak. Mereka sebaliknya perlu berganding bahu bersama untuk memerangi apa yang telah disepekati sebagai kejahatan dan dosa.

Pandangan dan pendirian Sayyid Muhammad ini digambarkan dalam tulisannya yang terkenal, Mafahim Yajib An Tusahhah (Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan), sebuah buku yang mendapat penghargaan meluas di seluruh dunia Islam dan diiktiraf tinggi di lingkaran para ulama.

Penutup

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqJIiWA8OkU_qtKoLAO8RjVadWf4TiK6F_lgeAvcHLXwwVyMf9X3fmlyM5DTANGK4FioTWt3o3Q12NeClSMbu2Qh_bkHi6cTEK4-vAaLwfDcwknmDXpmw8nYyTq2YdkySULwZLanYDYw/s320/sayyid+muhammad+alawi.jpgTidak diragui lagi, kehadiran Sayyid Muhammad Alawi merupakan rahmat buat ummah ini. Beliau merupakan waris kepada kekasih kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam dari sudut darah daging serta kerohanian. Masyarakat Makkah dan Madinah teramat mencintai beliau seperti mana dilihat pada solat jenazah beliau.

Siapa sahaja yang pernah menemui beliau jatuh cinta dengan beliau. Rumahnya di kota suci Makkah sentiasa terbuka sepanjang tahun untuk ulamak dan para penuntut yang menziarahi, ribuan orang yang menuju kepadanya. Beliau juga tidak kenal erti takut dalam berkata yang benar dan telah mengalami detik-detik kepayahan kerana kebenaran. Walaubagaimanapun pertolongan Allah kelihatan sentiasa bersama dengannya. RadhiyAllahu Anhu WaArdhaah. Ameen.

Maklumat lanjut kehidupan dan pencapaiannya boleh dirujuk biografinya yang hebat bertajuk, Al-Maliki ‘Alim Hijjaz, karangan penulis dan sejarahwan terkenal Makkah, Dr Zuhayr Kutbi.

Pemergiannya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiWSrUHIcdFnOyx6raxN-YA7sEumtSwQeKYOjCrcZj3dQBbWCYWhrGOB6h4ptKNL6GF_G_gfgak0A0qOFCHF3LH9aUGtiXvIlPZNxsaKPupo5P50Bn39ilKuv0EXxjF3e4Zhm0yOn4xg/s320/jenazah+sayyid+muhammad+alawi.jpgBeliau telah meninggalkan kita pada hari Jumaat, 15 Ramadhan (bersesuaian dengan doanya untuk meninggal dunia pada bulan Ramadhan), dalam keadaan berpuasa di rumahnya di Makkah. Kematiannya amat mengejutkan.

Benar, ia adalah satu kehilangan yang besar. Ucapan takziah diucapkan dari seluruh dunia Islam. Solat jenazah beliau dilakukan di seluruh pelusuk dunia.

Beliau telah pergi pada bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat. Saya adalah antara yang menunaikan solat jenazah (pertama di rumah beliau diimamkan oleh adiknya As-Sayyid Abbas, dan seterusnya di Masjidil Haram dengan Imam Subayl). Ratusan ribu manusia membanjiri upacara pengebumiannya. Semua orang menangis dan sangat bersedih. Ia merupakan satu situasi yang tidak dapat dilupakan. Allahu Akbar.

Betapa hebatnya beliau, betapa besarnya kehilangan ini. Betapa ramainya yang menyembahyangkannya. Saya tahu mata saya tidak pernah menyaksikan seorang sepertinya. Seorang yang amat dicintai oleh masyarakat seperti beliau, seorang ulama yang berkaliber dan berpengetahuan serta berhikmah.

Terdapat sekurang-kurangnya 500 orang tentera diperintah oleh kerajaan Arab Saudi di perkuburan Ma’ala untuk mengawal ribuan orang yang menangisinya. Kerabat diraja juga turut hadir. Para manusia menempikkan Kalimah dengan kuat sepanjang uapcara pengebumian beliau, memenuhi Makkah dari Masjidil Haram sehingga ke tanah perkuburan.

Beliau disemadikan di sebelah bapanya, berhampiran maqam nendanya Sayyidah Khadijah. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau ada menghubungi seorang pelajar lamanya di Indonesia melalui telefon dan bertanyanya adakah dia akan datang ke Makkah pada bulan Ramadhan. Apabila dia menjawab tidak, Sayyid Muhammad bertanya pula, "tidakkah engkau mahu menghadiri penegebumianku?"


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilsg3GEkidt_z-xPVb0AsTvzHPH3SohQo5Dke9-peE0LX8yv9BLFTiyanU8qIFaPcy91CAJesb_3_r8DV8fFmEYb0_dxjRt9M95yREmecjkt0EqyrcPVmVKDpyCZ6SSDgO6evpwYbXPg/s320/jenazah+sayyid+muhammad+alawi+2.JPGTepat sekali, beliau pergi pada bulan Ramadhan di pagi Jumaat. Apakah lagi bukti yang diperlukan menunjukkan penerimaan Allah?! Makkah menangisi pemergiannya. Seluruh dunia Islam menangisi kehilangannya. Moga Allah menganugerahkan beliau tempat yang tertinggi di Jannah, bersama-sama kekasihnya dan datuknya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Amin.

Sumber:
- Sejarah Ringkas As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani (Rahmatullahi Alaih oleh muridnya, Fakhruddin Owaisi Al-Madani
- http://aljoofre.blogdrive.com


Potret Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki (Menarik)

Al Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf

Al Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf ber-uzlah atau khalwat (mengasingkan diri) dari manusia selama 15 tahun bersimpuh dihadapan Ilahi Rabbi Sebuah perjalanan religius seorang kekasih Allah hingga maqom Shiddiqiyyah Kubro

Beliau adalah Al-Imam al-Quthbul Fard al-Habib Abu Bakar bin Muhammad bin Umar bin Abu Bakar bin Al-Habib Umar bin Segaf as-Segaf (seorang imam di lembah Al-Ahqof). Garis keturunan beliau yang suci ini terus bersambung kepada ulama dari sesamanya hingga bermuara kepada pemuka orang-orang terdahulu, sekarang dan yang akan datang, seorang kekasih nan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Beliau terlahir di kampung Besuki (salah satu wilayah di kawasan Jawa Timur) tahun 1285 H. Ayahanda beliau ra. wafat di kota Gresik, sementara beliau masih berumur kanak-kanak.

Sungguh al-Habib Abu Bakar bin Muhammad as-Segaf tumbuh besar dalam asuhan dan penjagaan yang sempurna. Cahaya kebaikan dan kewalian telah tampak dan terpancar dari kerut-kerut wajahnya, sampai-sampai beliau R.a di usianya ke-3 tahun mampu mengingat kembali peristiwa-peristiwa yang pernah terjadi pada dirinya. Semua itu tak lain karena power (kekuatan) dan kejernihan rohani beliau, serta kesiapannya untuk menerima curahan anugerah dan Fath (pembuka tabir hati) darinya.

Pada tahun 1293 H, atas permintaan nenek beliau yang sholehah Fatimah binti Abdullah (Ibunda ayah beliau), beliau merantau ditemani oleh al-Mukaram Muhammad Bazamul ke Hadramaut meninggalkan tanah kelahirannya Jawa. Di kala al-Habib Abu Bakar bin Muhammad as-Segaf akan sampai di kota Sewun, beliau di sambut di perbatasan kota oleh paman sekaligus guru beliau al-Allamah Abdullah bin Umar berikut para kerabat. Dan yang pertama kali dilantunkan oleh sang paman bait qosidah al-Habib al-Arifbillah Syeh bin Umar bin Segaf seorang yang paling alim di kala itu dan menjadi kebanggaan pada jamannya. Dan ketika telah sampai beliau dicium dan dipeluk oleh pamannya. Tak elak menahan kegembiraan atas kedatangan sang keponakan dan melihat raut wajahnya yang memancarkan cahaya kewalian dan kebaikan berderailah air mata kebahagiaan sang paman membasahi pipinya.

Hati para kaum arifin memiliki ketajaman pandang
Mampu melihat apa yang tak kuasa dilihat oleh pemandang.

Sungguh perhatian dan didikan sang paman telah membuahkan hasil yang baik pada diri sang keponakan. Beliau belajar kepada sang paman al-Habib Abdullah bin Umar ilmu fiqh dan tasawuf, sang paman pun suka membangunkannya pada akhir malam ketika beliau masih berusia kanak-kanak guna menunaikan shalat tahajjud bersama-sama, al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf mempunyai hubungan yang sangat kuat dalam menimba ilmu dari para ulama dan pemuka kota Hadramaut. Sungguh mereka (para ulama) telah mencurahkan perhatiannya pada al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf. Maka beliau ra. Banyak menerima dan memparoleh ijazah dari mereka. Diantara para ulama terkemuka Hadramaut yang mencurahkan perhatiannya kepada beliau, adalah al-Imam al-Arifbillah al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, (seorang guru yang sepenuhnya mencurahkan perhatiannya kepada al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf).

Sungguh Habib Ali telah menaruh perhatiannya kepada al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf semenjak beliau masih berdomisili di Jawa sebelum meninggalkannya menuju Hadramaut.

Al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi berkata kepada salah seorang murid seniornya "Perhatikanlah! Mereka bertiga adalah para wali, nama, haliyah, dan maqom (kedudukan) mereka sama. Yang pertama adalah penuntunku nanti di alam barzakh, beliau adalah Quthbul Mala al-Habib Abu Bakar bin Abdullah al-Aidrus, yang kedua, aku melihatnya ketika engkau masih kecil beliau adalah al-Habib al-Ghoust Abu Bakar bin Abdullah al-Atthos, dan yang ketiga engkau akan melihat sendiri nanti di akhir dari umurmu".

Maka tatkala memasuki tahun terakhir dari umurnya, ia bermimpi melihat Rosulullah SAW sebanyak lima kali berturut-turut selama lima malam, sementara setiap kali dalam mimpi Beliau SAW mengatakan kepadanya (orang yang bermimpi) " Lihatlah di sampingmu, ada cucuku yang sholeh Abu Bakar bin Muhammad Assegaf"! Sebelumnya orang yang bermimpi tersebut tidak mengenal al-Habib Abu Bakar Assegaf kecuali setelah dikenalkan oleh Baginda Rosul al-Musthofa SAW didalam mimpinya. Lantas ia teringat akan ucapan al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi dimana beliau pernah berkata "Mereka bertiga adalah para wali, nama dan kedudukan mereka sama". Setelah itu ia (orang yang bermimpi) menceritakan mimpinya kepada al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf dan tidak lama kemudian ia meninggal dunia.

Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf mendapat perhatian khusus dan pengawasan yang istimewa dari gurunya al Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi sampai-sampai Habib Ali sendiri yang meminangkan beliu dan sekaligus menikahkannya. Selanjutnya (diantara para masyayikhnya) adalah al Allamah al Habib Abdullah bin Umar Assegaf sebagai syaikhut tarbiyah, al Imam al Quthb al Habib Muhammad bin Idrus al-Habsyi sebagai syaikhut taslik, juga al Mukasyif al Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin Quthban sebagai syaikhul fath. Guru yang terakhir ini sering memberi berita gembira kepada beliau "Engkau adalah pewaris haliyah kakekmu al Habib Umar bin Segaf". Sekian banyak para ulama para wali dan para kaum sholihin Hadramaut baik itu yang berasal dari Sewun, Tarim dan lain-lain yang menjadi guru al Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf, seperti al Habib Muhammad bin Ali Assegaf, al Habib Idrus bin Umar al-Habsyi, al Habib Ahmad bin Hasan al-Atthas, al Habib Abdurrahman al-Masyhur, juga putera beliau al Habib Ali bin Abdurrahman al-Masyhur, dan juga al Habib Syekh bin Idrus al-Idrus dan masih banyak lagi guru beliau yang lainnya.

Pada tahun 1302 H, ditemani oleh al Habib Alwi bin Segaf Assegaf al Habib Abu Bakar Assegaf pulang ketanah kelahirannya (Jawa) tepatnya di kampung Besuki. Selanjutnya pada tahun 1305 H, ketika itu beliau berumur 20 tahun beliau pindah ke kota Gresik sambil terus menimba ilmu dan meminta ijazah dari para ulama yang menjadi sinar penerang negeri pertiwi Indonesia, sebut saja al Habib Abdullah bin Muhsin al-Atthas, al Habib Abdullah bin Ali al-Haddad, al Habib Ahmad bin Abdullah al-Atthas, al Habib Abu Bakar bin Umar bin Yahya, al Habib Muhammad bin Idrus al-Habsyi,al Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdlar, dan lain sebagainya.

Kemudian pada tahun 1321 H, tepatnya pada hari jum'at ketika sang khatib berdiri diatas mimbar beliau r.a mendapat ilham dari Allah SWT bergeming dalam hatinya untuk mengasingkan diri dari manusia semuanya. Terbukalah hati beliau untuk melakukannya, seketika setelah bergeming beliau keluar dari masjid jami' menuju rumah kediamannya. Beliau al Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf ber-uzlah atau khalwat (mengasingkan diri) dari manusia selama lima belas tahun bersimpuh dihadapan Ilahi Rabbi. Dan tatkala tiba saat Allah mengizinkan beliau untuk keluar dari khalwatnya, guru beliau al Habib Muhammad bin Idrus al-Habsyi mendatanginya dan memberi isyarat kepada beliau untuk mengakhiri masa khalwatnya, al Habib Muhammad al-Habsyi berkata "selama tiga hari kami bertawajjuh dan memohon kepada Allah agar Abu Bakar bin Muhammad Assegaf keluar dari khalwatnya", lantas beliau menggandeng al Habib Abu Bakar Assegaf dan mengeluarkannya dari khalwatnya. Kemudian masih ditemani al Habib Muhammad al-Habsyi beliau r.a menziarahi al Habib Alawi bin Muhammad Hasyim, sehabis itu meluncur ke kota Surabaya menuju ke kediaman al Habib Abdullah bin Umar Assegaf. Sambil menunjuk kepada al Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf al Habib Muhammad bin Idrus al-Habsyi memproklamirkan kepada para hadirin "Ini al Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf termasuk murtiara berharga dari simpanan keluarga Ba 'Alawi, kami membukanya agar bisa menularkan manfaat bagi seluruh manusia".

Setelah itu beliau membuka majlis ta'lim dirumahnya, beliau menjadi pengayom bagi mereka yang berziarah juga sebagai sentral (tempat rujukan) bagi semua golongan diseluruh penjuru, siapa pun yang mempunyai maksud kepada beliau dengan dasar husnudz dzan niscaya ia akan meraih keinginannya dalam waktu yang relatif singkat. Di rumah beliau sendiri, al Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf telah menghatamkan kitab Ihya' Ulumuddin lebih dari 40 kali. Pada setiap kali hatam beliau selalu menghidangkan jamuan yang istimewa. al Habib Abu Bakar Assegaf betul-betul memiliki ghirah (antusias) yang besar dalam menapaki aktivitas dan akhlaq para aslaf (pendahulunya), terbukti dengan dibacanya dalam majlis beliau sejarah dan kitab-kitab buah karya para aslafnya.

Adapun maqom (kedudukan) al Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf, beliau telah mencapai tingkat Shiddiqiyah Kubro. Hal itu telah diakui dan mendapat legitimasi dari mereka yang hidup sezaman dengan beliau. Berikut ini beberapa komentar dari mereka.

al Imam al Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhar berkata,

"Demi fajar dan malam yang sepuluh dan yang genap dan yang ganjil. Sungguh al Akh Abu Bakar bin Muhammad Assegaf adalah mutiara keluarga Segaf yang terus menggelinding (maqomnya) bahkan membumbung tinggi menyusul maqom-maqom para aslafnya".

Al Habib Alwi bin Muhammad al-Haddad berkata,

"Sesungguhnya al Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf adalah seorang Quthb al Ghaust juga sebagai tempat turunnya pandangan (rahmat) Allah SWT".

Al Arif billah al Habib Ali bin Abdurrahman al-Habsyi pernah berkata di rumah al Habib Abu Bakar Assegaf dikala beliau membubuhkan tali ukhuwah antara beliau dengan al Habib Abu Bakar Assegaf, pertemuan yang diwarnai dengan derai air mata. Habib Ali berkata kepada para hadirin ketika itu,

"Lihatlah kepada saudaraku fillah Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf. Lihatlah ia..! Maka melihat kepadanya termasuk ibadah"

Al Habib Husein bin Muhammad al-Haddad berkata,

"Sesungguhnya al Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf adalah seorang khalifah. Beliau adalah penguasa saat ini, belia telah berada pada Maqom as Syuhud yang mampu menyaksikan (mengetahui) hakekat dari segala sesuatu. Beliau berhak untuk dikatakan "Dia hanyalah seorang hamba yang kami berikan kepadanya (sebagai nikmat"

http://www.blogger.com/img/icon18_edit_allbkg.gif

DZIR DENGAN SUARA
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Segala puji bagiAllah Swt, Shalawat dan Salam semoga tercurah atas se-baik-baik makhlukNya, Sayidina Muhammad, dan keluarganya, serta sahabatnya, juga para pengikutnya hingga hari kemudian. Ketahuilah sesungguhnya mengeraskan suara dalam dzikir itu ada memiliki dasar dan dalil yang cukup banyak, sehingga dapat mengandung hukun dianjurkan atau disunnahkan. Para Ulama telah menyusun kitab-kitab yang menjelaskan tentang hal tersbut, seperti Syeik al-Muhaddis Abdul Hay al-Laknowy, dimana beliau menukil hingga lima puluh riwayat hadis sekitar itu.

Seperti pula Syeikh al-Allamah al-Imam Jalaluddin as-Suyuti, Beliau dalam kitabnya yang berjudul ( NATIJAT AL-FIKR FI AL-JAHR BIZZIKR ) –Hasil penelitian sekitar suara keras dalam dzikir. Beliau mencatat 25 hadis .

Baiklah kita diskusikan disini beberapa hadis sahih, yang menjelaskan masalah ini secara tuntas, sehingga dapat meyakinkan para pencari kebenaran dan pencinta Sunnah dan sekaligus mengoreksi pendapat-pendapat yang tidak didasari pada ilmu yang seharusnya.

صحيح البخارى - (ج 24 / ص 246)

- حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصٍ حَدَّثَنَا أَبِى حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ سَمِعْتُ أَبَا صَالِحٍ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - قَالَ قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِى ، فَإِنْ ذَكَرَنِى فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِى نَفْسِى ، وَإِنْ ذَكَرَنِى فِى مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِى مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا ، وَإِنْ أَتَانِى يَمْشِى أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً » . طرفه 7505 ، 7537 - تحفة 12373 - 148/9

Dari Abi Hurairah bahwa Rasulullah Saw bersabda ; Allah berfirman :” Aku akan seperti yang diyakini oleh hambaKu. Dan Aku akan selalu bersamanya bila ia menyebutKu, bila ia menyebutKu dalam dirinya, Aku sebut dia dalam diriKu, bila ia menyebutKu dihadapan halayak ramai, maka Aku akan menybut dia dihapan halayak yang lebih baik,…. ( H.R Bukhari, Muslim. )

Perhatikan bagaiman Allah Sawt, membalas dzikir dihadapan halayak ramai yang lebih baik, dan menjelaskan keutamaannya, dapat dipahami disini, bahwa dzikir ini dilakukan dengan suara yang didengar oleh halayak ramai, karma bagaimana mungkin dzikir yang dilakukan dengan suara rendah atau tidak disuarakan dapat disebut dzikir ditengah halayak ramai, dan lalu apa pentingnya disebut halayak ramai disini bila dzikir itu dilakukan dengan suara rendah atau tidak disuarakan sama sekali. Maha suci Allah yang tidak akan pernah berfirman sia-sia.

صحيح البخارى - (ج 3 / ص 421)

- حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ قَالَ أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ قَالَ أَخْبَرَنِى عَمْرٌو أَنَّ أَبَا مَعْبَدٍ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ أَخْبَرَهُ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ - رضى الله عنهما - أَخْبَرَهُ أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - . وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ . طرفه 842 - تحفة 6513

Dari Ibnu Abbas, r.a ia berkata:” Ketahuilah sesungguhnya mengeraskan suara dalam dzikir setelah selesai Shalat wajib, biasa dilakukan pada masa Rasulullah Saw. Dan aku tahu bila mereka telah selesai Shalat wajib ketika aku mendengar dzikir mereka. ( H.R Bukhari, Muslim. )

Demikianlah yang dikerjakan para Sahabat, r.a, dan Nabi Muhamad Saw ada di-tengah-tengah mereka, melihat dan mendengar. Apakah ada lagi selain mereka yang perlu diikuti ? apakah mengikuti para shahabat itu dikatagorikan bid’ah yang munkar, apakah mungkin Rasulullah Saw menyetujui kemunkaran atau sesatu yang bertentangan dengan al-Qur’an sedetik saja, atau sehari saja ?

Dapat difahami dari hadis sahih ini, bahwa Rasullah Saw dan para shabatnya, selalu membaca dzikir bersama dengan bersuara, sehingga didengar oleh orang yang berada diluar masjid, ketika setiap kali selesai melaksanakan shalat fardhu.

Bila sekarang ada ummat Nabi Muhammad Saw, setelah shalat fardhu berjama’ah, lalu berdzikir bersama, dengan bersuara, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah Saw dan para Shabatnya ketika itu, maka tidak lebih kecuali mereka ingin menghidupkan dan meneladani sunnah Nabi Muhammad Saw. Justru kemudian bila ada yang beranggapan bahwa dzikir bersama dengan bersuara setelah Shalat Fardhu adalah sesuatu yang dilarang oleh agama, kita jadi bertanya agama yang mana yang melarang ? wong Rasulullah Saw Kanjeng Nabi yang wajib kita teladani melakukan dzikir bersama shahabatnya yang mulia, setiap kali selesai shalat berjama’ah.

Jadi bila tidak mau mengikuti dzikir seperti yang dilakukan oleh Rasulullah Saw dan para Shabatnya, ya… terserah, itu adalah pilihannya, tapi alangkah berbahayanya bila yang dilakukan oleh Nabi Saw dan para Shabatnya itu, diharamkan, dilarang, disebut bid’ah dan dicap sesat. Naudzubillah min dzalik.

Semoga Allah selalu menuntun kita kejalan yang diajarkan RasulNYA, amin.

صحيح مسلم - (ج 4 / ص 146)

- حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ ابْنُ عُلَيَّةَ أَخْبَرَنِى الْحَجَّاجُ بْنُ أَبِى عُثْمَانَ عَنْ أَبِى الزُّبَيْرِ عَنْ عَوْنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذْ قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَنِ الْقَائِلُ كَلِمَةَ كَذَا وَكَذَا ». قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ « عَجِبْتُ لَهَا فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ ». قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَمَا تَرَكْتُهُنَّ مُنْذُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ ذَلِكَ.

Dari Ibnu Umar, r.a berkata,: Ketika kami Shalat bersama Nabi Saw, tiba-tiba seorang membaca : Allahu Akbar kabira walhamdulillahi katsira wa subhanallahi bukratan wa ashila, seketika Rasulullah bertanya, siapa yang membaca bacaan tadi ? maka berkatalah orang itu : Aku wahai Rasulullah. Lantas Rasulullah bertakata : Aku kagum pada baca’an itu, telah dibukakan baginya pintu-pintu langit . lalu Ibnu Umar berkata : sejak saat itu aku tidak pernah meninggalkan membaca apa yang kudengar itu.

صحيح مسلم - (ج 4 / ص 145)

- وَحَدَّثَنِى زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا قَتَادَةُ وَثَابِتٌ وَحُمَيْدٌ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَجُلاً جَاءَ فَدَخَلَ الصَّفَّ وَقَدْ حَفَزَهُ النَّفَسُ فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ. فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- صَلاَتَهُ قَالَ « أَيُّكُمُ الْمُتَكَلِّمُ بِالْكَلِمَاتِ ». فَأَرَمَّ الْقَوْمُ فَقَالَ « أَيُّكُمُ الْمُتَكَلِّمُ بِهَا فَإِنَّهُ لَمْ يَقُلْ بَأْسًا ». فَقَالَ رَجُلٌ جِئْتُ وَقَدْ حَفَزَنِى النَّفَسُ فَقُلْتُهَا. فَقَالَ « لَقَدْ رَأَيْتُ اثْنَىْ عَشَرَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَرْفَعُهَا ».

Dari Anas, r.a.; Seseorang datang dam masuk tergesa-gesa kedalam Shaf shalat, lalu ia membaca : Alhamdulillah katsiran thayiban mubarakan fihi”. Setelah selesaai Shalat Rasulullah bertanya : siapa yang membaca bacaan tadi ? semua Jama’ah terdiam, tidak ada yang berani menjawab, lalu Rasulullah berkata: seseungguhnya orang itu tidak membaca yang keliru, seketika berulah ia berkata : Aku datang tergesa-gesa, untuk shalat, kemudian aku membacanya, Rasulullah lalu bersabda; Aku melihat dua belas Malaikat berebutan untuk mengangkat bacaan itu.

صحيح البخارى - (ج 3 / ص 350)

- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْمُجْمِرِ عَنْ عَلِىِّ بْنِ يَحْيَى بْنِ خَلاَّدٍ الزُّرَقِىِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ الزُّرَقِىِّ قَالَ كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّى وَرَاءَ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ « سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ » . قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ ، فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ « مَنِ الْمُتَكَلِّمُ » . قَالَ أَنَا . قَالَ « رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا ، أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ » . تحفة 3605

Telah berkata Rifa’ah bin Rafi’ : Suatu hari kami sedang Shalat dibelakang Nabi Saw, ketika beliau I’tidal mengangkat kepala dari ruku’ beliau mengucap : Sami’allahu liman hamidah, seseorang dibelakang Nabi Saw lalu membaca : Rabbana walakalhamdu , hamdan katsiran thayyiban mubarakan fihi, setelah shalat Rasul Saw bertanya: Siapa yang membaca tadi ?, seseorang menjawab aku yang membaca, bersabda Rasul Saw: Aku melihat tiga puluh lebih malaikat berebutan untuk menjadi yang pertama menulis baca.an itu.

Al-Hafidz Ibnu hajar menulis dalam kitab Syarah al-Bukhari , hadis ini adalah dalil dibolehkannya berdzkir dengan dzikir yang bukan ma’tsurat dan dibolehkannya mengeraskan suara dalam dzikir”.

Sebetulnya lebih dari itu bahwa hadis ini juga merupakan dorongan dan anjuran dari Nabi Saw, bukankah anda saksikan beliau tidak menghardik seorangpun dan tidak melarang yang membuat baca’an baru dan mengeraskan bacaannya, bahkan justru sebaliknya.

Karnanya sangat perlu mempelajari dan memahami sunnah Rasul Saw bagi mereka yang mengingkarinya.